Saturday, August 23, 2014

EKONOMI: KDNK Q2 2014



Bank Negera Malaysia (BNM) umumkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku kedua 2014 adalah pada kadar 6.4%, berbanding 4.5% bagi suku yang sama tahun lepas. Ianya bernilai RM 262.8 billion. Suku pertama KDNK bagi tahun 2014 ialah pada kadar 6.2%


EKONOMI: DIVIDEN ASW 2O2O TAHUN 2014



Permodalan Nasional Berhad (PNB) umum dividen , Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) sebanyak 6.60 sen sesaham kepada semua 891,446 pencarum, melibatkan pembayaran sebanyak RM 1.115 billion.




Pembayaran tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun pencarum pada 1 September 2014 dan selebihnya yang mencarum melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dikreditkan terus ke dalam akaun KWSP masing-masing

KEPENGGUNAAN: AWAS!!!! BEBOLA DAGING ULAR DARI THAILAND


BICARA: APA YANG PERLU SAYA LAKUKAN UNTUK MEMBANTU GAZA??


INFO: TAKTIK PENYELUDUPAN DADAH: SUITCASE CONCEALMENT




Sindiket menggunakan taktik menyembunyikan sejumlah dadah di tempat khas dalam beg pakaian yang telah diubahsuai terlebih dahulu, dan menyusun pakaian seperti biasa supaya tidak disyaki.

Dalam kes-kes terdahulu, dadah pernah disembunyikan dalam botol-botol aksesori kecantikan, paket sabun, serta ruang kosong yang terdapat pada alatan elektronik seperti catridge mesin pencetak.

Elakkan diri anda daripada menjadi mangsa sindiket yang mengaut keuntungan di atas risiko yang diletakkan ke atas diri anda. Jadilah individu yang bijak menilai di atas setiap tawaran yang diterima. Sesiapa yang didapati bersalah mengedar dan menyeludup dadah boleh dijatuhkan hukuman mati.

Friday, July 4, 2014

KEPENGGUNAAN: Tips mengenali telur asli atau tiruan


Berikut adalah tip untuk membezakan telur tiruan dengan telur asli:-

1) Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.

2) Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.

3) Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.

4) Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.





5) Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.

6) Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.

6) Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.

7) Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.




Wednesday, July 2, 2014

AL-ISLAM: Jenis-jenis nafsu

Nafsu terbahagi kepada 7 iaitu :

1. Nasfu Amarah
- adalah nafsu yang berbangga apabila membuat sesuatu kemungkaran.
- mereka adalah dari golongan yang bersultan di mata dan beraja di hati.
- mereka adalah golongan ahli neraka.

2. Nafsu Lawamah
- adalah nafsu yang menyedari apabila melakukan kemungkaran.
- golonagn ini baramal tetapi masih ada riak, hasad dengki dan sebagainya.
- nafsu mereka selamat tetapi dalam bahaya.
- mereka adalah golongan ahli neraka.

3. Nafsu Marhamah
- adalah nafsu yang telah dapat membuang sifat mazmumah.
- walaupun begitu, mereka masih mengkritik diri sendiri.
- mereka adalah golongan ahli neraka.

4. Nafsu Mutmainah
- adalah nafsu yang lemah lembut.
- mereka mendapat ketenangan dan hilang gelisah di jiwa.
- mereka adalah wali kecil.
- golongan ini adalah dijamin syurga.

5. Nafsu Raudiah
- adalah nafsu yang berusaha untuk melatih diri untuk makrifat dengan Allah Taala.
- mereka bergaul dengan orang ramai tetapi hatinya kepada Allah Taala semata-mata.
- mereka adalah wali besar.

6. Nafsu Kamaliah
- adalah nafsu yang sempurna, nafsu para-para nabi, rasul

7. Nafsu Mardiah
- adalah nafsu yang paling kemuncak. Nafsu yang paling di redhai Allah Taala

TAZKIRAH: Islam adalah agama yang mudah



Daripada Anas RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Permudahkanlah (semua urusan dan jangan menyusahkannya. Berilah khabar gembira dan janganlah membuat sesuatu menyebabkan orang lain menjauhkan diri.”

Huraian Hadith: 

Islam adalah agama yang mudah dan senang di amalkan oleh setiap golongan, oleh itu hendaklah ia dipermudahkan dan janganlah di jadikan sebagai suatu bebanan.
Umat Islam hendaklah sentiasa menyampaikan berita-berita yang menggembirakan sebaliknya janganlah menimbulkan perkara-perkara yang membawa kepada kesulitan hidup.
Islam menuntut agar umatnya berdakwah ke jalan Allah dengan penuh hikmah dan bijaksana supaya ia boleh di terima dengan mudah dan redha.
Adalah menjadi kewajipan orang-orang yang beriman memberi galakan dan dorongan kepada manusia untuk melakukan kebajikan, jangan berlaku kasar dan keras sama ada dengan perbuatan atau percakapan yang menyebabkan orang lain bosan dan benci seterusnya menjauhkan diri.

INFO: Kadar zakat fitrah

Kadar zakat fitrah bagi semua negeri di seluruh Malaysia bagi tahun 2014/1435 masihi

NEGERI
KADAR ZAKAT/SEORANG (RM)
WILAYAH PERSEKUTUAN
(K.LUMPUR, PUTRAJAYA, LABUAN)

7.00
PERLIS
6.50
KEDAH
7.00
PERAK
7.00
KELANTAN
7.00
TERENGGANU
7.00
SELANGOR
7.00
NEGERI SEMBILAN
6.80
MELAKA
6.70
PAHANG
7.00
JOHOR
8.00/5.00
SABAH
7.00
SARAWAK
7.00
PULAU PINANG
7.00

(*pada 1 Julai 2014)

Monday, June 30, 2014

PEMAKANAN: Fakta yang kita tak tahu tentang TEMBIKAI

TEMBIKAI

Isi hijau bersifat sejuk (tembikai susu)
Isi kuning bersifat panas
Isi merah bersifat sejuk, namun semakin manis tembikai, semakin panas sifatnya.



Kegunaan:

Sebagai titisan mata – untuk menjadikan mata bercahaya
Sebagai diuretic
Krim muka – untuk hilangkan bintik2 di muka
Buang batu dalam ginjal dan pundi kencing
Pencuci perut untuk membuang cairan asing dalam perut
Penambah air tulang belakang
Hentikan selsema
Menyejukkan badan ketika demam. (tembikai dan kurma dikisar dan dibuat jus. Buat dalam 1 gelas)

AWAS!! Makan tembikai yang segar sahaja. Yang busuk akan membusuk dalam perut. Jika keracunan, buatkan sirap dengan campuran madu dan cuka)

Tips membeli tembikai:  Hitung tetulang di kulit tembikai. Jika bilangan ganjil, tembikai itu elok.




TAZKIRAH: Membina Taqwa

Setelah kita menyedari betapa pentingnya memiliki dan menguasai sifat taqwa oleh kita semua, maka wajarlah bagi kita berusaha dan berikhtiar untuk menguasai dan menghayatinya sepanjang hidup kita.

Ibadat puasa sebagaimana yang telah di nyatakan mampu membolehkan seseorang mencapai tahap taqwa , namun ianya bukanlah dapat dicapai secara automatik dan tidak pula sama tahapnya antara seseorang dengan seseorang yang lain. Taqwa hanya dicapai apabila seseorang itu menunaikan ibadat puasanya sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah dan RasulNya.

Untuk itu, puasa mestilah ditunaikan dengan ikhlas semata-mata kerana Allah, iaitu mentaati perintah Allah dan mencari keredhaNya. Puasa yang ditunaikan untuk tujuaan-tujuaan lain, seperti untuk menunjuk-nunjuk dan untuk tujuan yang selain daripada keredhaan Allah tidak membawa pelakunya mencapai tahap taqwa yang diharap-harapkan itu.

Memang ramai orang mampu menunaikan ibadat puasa dalam erti menahan diri dari makan dan minum dan perkara-perkara yang membatalkannya sepanjang siang hari, namum kesan baik yang diharapkan dari puasa itu masih kurang kelihatan. Masih kedapatan mereka yang melakukan maksiat semasa berpuasa seperi memaki orang, mengumpat dan mencela serta melihat dan memandang perkara-perkara yang dilarang.

Demikian juga terdapat dari kalangan penjawat awam dan mereka yang makan gaji yang tidak menunaikan tugasnya dengan sempurna, lalai, melengah-lengahkan kerja dan lain-lain tanda yang menunjukkan kurang amanahnya terhadap tugas yang diberikan. Sifat negetif seumpama ini menghalang seseorang mendapat taqwa oleh itu marilah kita perbetulkan niat dan cara kita menunaikan puasa kali ini, mudah-mudahan kita memperolehi taqwa yang setinggi-tingginya. Amin!!!!

Sunday, June 29, 2014

PERNIAGAAN: EL Ilham Brain training & Theraphy Centre

Membina Generasi Yang Cemerlang dari segi Sahsiah, jati diri dan akhlak mulia adalah permulaan kepada semua kecemerlangan dunia akhirat...Sama sama lah kita melahirkan bakal pemimpin yang cemerlang Fizikal, Rohani dan cerdik pintar matematik dan sains dikalangan bangsa melayu khasnya..sesungguhnya islam telah mempunyai mukhjizat terhebat didunia dalam kepakaran sains dan matematik juga dalam ilmu perubatan..dengan gabungan kesemua elemen-elemen ini lengkaplah ia...Ibu bapa diluar sana jangan lepaskan peluang membina generasi anda yang bakal menjadi ahli sains,mathematic,perubatan malah bakal menjadi usahawan berjaya dunia..rebutlah peluang ini demi masa depan generasi kita







Thursday, June 26, 2014

INFO: PANDUAN MEMILIH TAYAR YANG SESUAI

Adakah anda memasang tayar yang bersesuaian??


Tayar memainkan peranan yang penting dalam sesebuah kenderaan. Perlu kita mengetahui tayar yang bersesuaian dan tepat dengan kenderaan kita agar tidak berlaku sebarang masalah kemudian. Di bawah adalah panduan untuk memilih tayar yang tepat untuk kenderaan anda melalui nombor yang tertera di tayar.



Contoh: 155/70R12 73S

Nombor 155 yang pertama - kelebaran tayar dalam milimeter. Ia diukur dari sisi ke sisi tayar. Lebih besar angka, lebih lebar tayar

Nombor 70 - Nisbah aspek (Aspect Ratio) tayar atau ketinggian tayar berbanding kelebaran. 70 menunjukkan nisbah Aspek tayar adalah 70% kelebaran tayar tersebut. Tayar dengan Nisbah Aspek 55 ke bawah diklasifikasikan sebagai tayar profil rendah.
Tayar profil rendah memberi prestasi pengendalian keseluruhan yang bagus tetapi keselesaan mungkin terjejas.

Huruf R merujuk kepada binaan tayar Radial (semua tayar kereta menggunakan binaan Radial sejak 20 tahun dahulu). Tayar Radial tidak mempui tube (tubeless) dan memberi prestasi yang lebih bagus

Angka 12 merujuk kepada garis pusat (diameter) rim kenderaan untuk membolehkan tayar dimuatkan. Jika anda memaki rim 14', anda perlu menggunakan tayar dengan angka 14, begitu juga seterusnya.

Angka 73 melambangkan indeks keupayaan mengangkut tayar. (Rujuk carta Indeks Beban di bawah)



Cth: Indeks beban 73 menunjukkan menunjukkan tayar mampu memikul berat beban maksima sebanyak 437 kg (maaf, ralat di jadual indeks beban)
Berat maksima merujuk kepada setiap tayar. Maka kereta yang mempunyai 4 buah tayar, perlu didarab dengan 4. (437 x 4 = 1748 kg)

Akhir sekali huruf S menyatakan kelajuan maksima bagi sesebuah tayar yang direka. (Rujuk carta kelajuan di bawah)



Ini bermakna tayar di atas boleh mencapai dan mengekalkan kelajuan sejauh 180 km/jam.

Maka, pilihlah tayar yang bersesuaian dengan penggunaan anda. Pilihan bijak, pilihan anda!!!!



Thursday, June 19, 2014

INFO: Syarat Pelepasan cukai

Bagi anda yang baharu sahaja hendak mengisi borang cukai, ataupun selama ini tidak tahu tentang pelepasan cukai, berikut adalah senarai dan syarat pelepasan cukai.


ZAKAT
Kelebihan untuk orang Islam. Pelepasan cukai adalah sebanyak mana zakat dibayar
PENDIDIKAN ANAK-ANAK
Pelepasan cukai maksimum sebanyak RM 3,000 simpanan melalui Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)
BANTUAN KEBAJIKAN
Organisasi yang medapat kelulusan LHDN
Eg: MAKNA, MERCY
PEMBELIAN BUKU/ JOURNAL/ MAJALAH
Pelepasan cukai maksimum RM 1,000
MELANJUTKAN PELAJARAN POSTGRADUATE
Pelepasan cukai maksimu RM 5,000 setahun (semak dengan LHDN)
PEMBELIAN BARANGAN SUKAN
Pelepasan cukai maksimum RM 300
INSURANS HAYAT/ TAKAFUL KELUARGA
Pelepasan cukai adalah RM 6,000 (dikongsi dengan caruman EPF)
BAYARAN PERUBATAN UNTUK IBU BAPA
Pelepasan cukai maksimum RM 5,000
PEMBELIAN KOMPUTER
Pelepasan cukai RM 3,000 (sekali sahaja dalam tempoh 3 tahun)
FULL MEDICAL CHECKUP
Maksimum RM 500 seorng untuk full medical checkup dan RM 5,000 untuk penyakit kritikal dan peralatan bantuan asas (basic supporting equipment)


KEPENGGUNAAN: Panduan memilih bahan mentah segar

Berikut adalah panduan bagi pengguna untuk memilih bahan mentah yang segar:

   
                

               IKAN
Kulit berkilat dan cerah
Kulit tidak berlendir tebal. Lendirnya tidak berlumut atau berlumpur
Mata jernih, bercahaya dan tidak terbenam
Insang berwarna merah cerah
Tidak berbau busuk
Isi pejal dan anjal
Perut tidak pecah
     
               DAGING
Berwarna merah cerah
Tidak berbau busuk
Tidak berlendir
Tidak banyak lemak
               
                AYAM
Kulit berwarna cerah
Tidak lebam
Isi pejal dan anjal
Tidak banyak lemak
  
        
     UDANG/SOTONG
Kulit berwarna cerah dan bersinar
Kepala tidak tertanggal
Tidak berbau busuk
Tidak berlendir
Isi pejal dan anjal
  
          
          KERANG
Kulit masih tertutup
Tidak banyak lumpur pada kulit
Tidak berlendir
Tidak berbau busuk
Cengkerang tidak pecah

AL-ISLAM: Istilah babi dalam bidang saintifik

"Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya" – Al Baqarah, Ayat 172

Mencari yang halal itu wajib bagi setiap orang Islam. Namun ramai yang masih keliru dengan istilah-istilah yang digunakan dalam bidang saintifik, terutamanya dalam industri makanan dan farmaseutikal. Berikut adalah senarai istilah bagi panduan semua:

ISTILAH
PENERANGAN
SWINE
Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi
HOG
Istilah untuk babi dewasa. Berat melebihi 50kg
BOAR
Babi hutan/Liar
LARD
Lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun
BACON
Dagin haiwan yang disalai, termasuk babi
HAM
Daging pada bahagian paha babi
SOW
Istilah untuk babi betina dewasa (Jarang digunakan)
PIG
Istilah umum untuk babi, atau sebenarnya babi muda, berat kurang 50kg
SOW MILK
Susu babi
PORCINE
Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal dari babi
PORK
Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan



INFO: Gas Memasak ada tarikh luput??

Gas memasak ada tarikh luput??? Pelik kedengaran bukan, namun itu adalah hakikatnya. Perlu diingat, gas memasak yang sudah melangkaui tarikh luput boleh menyebabkan kemalangan yang tidak dijangka. Sebelum membeli, dinasihatkan periksa terlebih dahulu tarikh luput gas memasak yang dijual. Tetapi bagaimana??
Kod tarikh luput tong gas sebenarnya ada di salah satu sisi tong gas. Ia dikod secara alpha numerical


              
           Contoh: D14

      
           Huruf bermaksud suku dalam satu tahun:

                
A
March (Suku Pertama)
B
Jun (Suku Kedua)
C
September (Suku Ketiga)
D
Disember (Suku Keempat)

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                   
            Dua digit terakir pula menunjukkan tahun.

          Maka D14 bermakna tarikh luput gas memasak itu adalah pada bulan Disember 2014.

Jadi, ayuh periksa tong gas memasak anda. Pastikan ia tidak melangkaui tarikh luput!!!!


Wednesday, June 18, 2014

INFO: Skim Rumah Pertamaku

Skim Rumah Pertamaku (SRP) diumumkan buat kali pertama di dalam bajet 2011 oleh Kerajaan Malaysia. Ia adalah satu inisiatif yang diambil oleh kerajaan untuk membantu golongan yang berpendapatan kurang RM 5,000 untuk mendapatkan pembiyaan 100% daripada bank bagi membeli rumah pertama.

Syaratnya ialah:

KERAKYATAN
Malaysia sahaja
USIA
Maksimum 35 Tahun
GAJI KASAR
Tidak Lebih dari RM 5000 (Perseorangan atau Bersama)
STATUS PEKERJAAN
 Disahkan Majikan
Tempoh bekerja – 6 bulan
LAIN-LAIN
Pembeli rumah pertama
Peminjam mesti mendiami rumah tersebut (bukan untuk disewa)
Rekod akaun simpanan yang mempunyai jumlah bayaran ansuran bulanan untuk 3 bulan
JENIS HARTANAH
Kediaman (Malaysia sahaja)
STATUS PEMBINAAN
Siap atau sedang dalam pembinaan
NILAI HARTANAH
Minimum: RM 100,000   Maksimum: RM 400,000
TEMPOH PINJAMAN
Maksimum 35 Tahun atau pada usia 65 Tahun (mana yang terpendek)
JENIS PINJAMAN
Pinjaman bukan fleksi  (amortizing facility)
KAEDAH BAYARAN
Potongan Gaji / Standing Instruction
INSURANS (KEBAKARAN/TAKAFUL)
Wajib

Nyatakan hasrat anda untu memohon Skim Rumah Pertamaku di cawangan bank-bank berikut:



Untuk mengetahui lebih lanjut tentang SRP, boleh melayari lawan web berikut: http://www.srp.com.my/index.html