Thursday, June 26, 2014

INFO: PANDUAN MEMILIH TAYAR YANG SESUAI

Adakah anda memasang tayar yang bersesuaian??


Tayar memainkan peranan yang penting dalam sesebuah kenderaan. Perlu kita mengetahui tayar yang bersesuaian dan tepat dengan kenderaan kita agar tidak berlaku sebarang masalah kemudian. Di bawah adalah panduan untuk memilih tayar yang tepat untuk kenderaan anda melalui nombor yang tertera di tayar.



Contoh: 155/70R12 73S

Nombor 155 yang pertama - kelebaran tayar dalam milimeter. Ia diukur dari sisi ke sisi tayar. Lebih besar angka, lebih lebar tayar

Nombor 70 - Nisbah aspek (Aspect Ratio) tayar atau ketinggian tayar berbanding kelebaran. 70 menunjukkan nisbah Aspek tayar adalah 70% kelebaran tayar tersebut. Tayar dengan Nisbah Aspek 55 ke bawah diklasifikasikan sebagai tayar profil rendah.
Tayar profil rendah memberi prestasi pengendalian keseluruhan yang bagus tetapi keselesaan mungkin terjejas.

Huruf R merujuk kepada binaan tayar Radial (semua tayar kereta menggunakan binaan Radial sejak 20 tahun dahulu). Tayar Radial tidak mempui tube (tubeless) dan memberi prestasi yang lebih bagus

Angka 12 merujuk kepada garis pusat (diameter) rim kenderaan untuk membolehkan tayar dimuatkan. Jika anda memaki rim 14', anda perlu menggunakan tayar dengan angka 14, begitu juga seterusnya.

Angka 73 melambangkan indeks keupayaan mengangkut tayar. (Rujuk carta Indeks Beban di bawah)



Cth: Indeks beban 73 menunjukkan menunjukkan tayar mampu memikul berat beban maksima sebanyak 437 kg (maaf, ralat di jadual indeks beban)
Berat maksima merujuk kepada setiap tayar. Maka kereta yang mempunyai 4 buah tayar, perlu didarab dengan 4. (437 x 4 = 1748 kg)

Akhir sekali huruf S menyatakan kelajuan maksima bagi sesebuah tayar yang direka. (Rujuk carta kelajuan di bawah)



Ini bermakna tayar di atas boleh mencapai dan mengekalkan kelajuan sejauh 180 km/jam.

Maka, pilihlah tayar yang bersesuaian dengan penggunaan anda. Pilihan bijak, pilihan anda!!!!



No comments:

Post a Comment