Wednesday, June 18, 2014

EKONOMI: 10 Kesilapan utama dalam perniagaan kecilan

Berikut adalah kesilapan yang biasa dilakukan oleh usahawan dan pemilik perniagaan kecil:

1) Terlalu yakin dengan sesuatu idea dan taksub dengannya

Usah terlalu yakin dengan satu idea sahaja. Perlu sentiasa diingatkan, idea adalah matawang kepada usahawan. Pelbagaikan idea dan lihat mana yang boleh member iganjaran dan kejayaan.

 2) Tiada pelan pemasaran

Pelan pemasaran boleh memberi  perhatian yang diperlukan kepada pihak sasaran. Ia menjadi daya tarik pelanggan terhadap satu perniagaan. Laksanakan pelan pemasaran secara berkesan, cekap, konsisten, dan penuh bergaya.

  3) Tidak mengenali pelanggan

Perubahan kepada citarasa pelanggan dan juga produk serta perkhidmatan pesaing akan mempengaruhi perniagaan, kecuali jika kita kenal pelanggan secara dekat, tahu kehendak mereka dan tahu bagaimana hendak membantu mereka walaupun kita tidak mempunyai produk atau perkhidmatan tersebut.

  4) Tidak peka dengan kedudukan aliran kewangan syarikat

Walaupun mempuyai produk terbaik, pelanggan mungkin tidak akan membelinya dalam tempoh waktu yang kita fikirkan. Oleh itu kedudukan aliran tunai yang mantap penting untuk menampung diri dan syarikat dalam tempoh tersebut.

    5) Tidak peduli tentang kakitangan

Salah satu cabaran ialah dalam memberi motivasi, bimbingan dan mengurus pekerja. Tanpa kesasbaran, kesungguhan dan kemahiran, masalah tersebut akan menjadi lebih buruk. Moral dan produktiviti kakitangan serta keuntungan perniagaan boleh musnah begitu sahaja!

     6) Keliru tentang kemungkinan dengan realiti

Usahawan yang berjaya hidup di dalam dunia yang penuh kemungkinan tetapi mereka berbelanja di dalam dunia realiti.

      7) Tiada pelan penjualan


Tanpa pelan penjualan, maka tidak ada cara untuk mengukur perkembangan kewangan dan majuan sesebuah perniagaan. Perniagaan memerlukan pelan yang realistik untuk lihat dari mana, bagaimana, bila dan siapa yang membawa masuk jualan.

      8) Penyendiri

Kita mungkin tahu kesemuanya tetapi kita tidak boleh melakukannya seorang diri dan berkembang pada masa yang sama. Kita memerlukan kakitangan untuk mengagih tanggungjawab kepada mereka.

       9) Tiada ‘Mastermind’

Perniagaan memerlukan satu lembaga penasihat atau seorang mentor! Bagi perniagaan kecil, mungkin tidak masuk akal. Sebenarnya, lembaga penasihat ini mungkin terdiri daripada ahli keluarga atau sahabat yang anda percayai. Jadikan mereka ahli lembaga pengarah, kaji pelan dan keputusan perniagaan bersama mereka. Adalah sangat kritikal untuk mempunyai seseorang yang boleh member idea dan pandangan secara objektif.

        10) Berputus asa

Kebanyakan usahawan yang berjaya pernah mengalami kegagalan. Oleh itu sekiranya gagal, biarkan kegagalan itu. Bangun dan belajar dari kesilapan dan kegagalan lalu. Jangan berputus asa dan menderita.

                Artikel dari: www.punb.com.my

No comments:

Post a Comment