Wednesday, June 18, 2014

GEN Y: Ciri remaja berwawasan

Semangat Patriotik yang tinggi

 

Dengan semangat patriotik yang tinggi, seorang remaja yang berwawasan tidak akan mudahterpengaruh dengan segala bentuk penjajahan, waima dari segi mental, intelektual, mahupunhiburan

 

Berakhlak mulia

 

Sopan santun dalam segenap segi, menghormati yang lebih tua, sentiasa membantu yang dalam kesusahan dari segi material mahupun sumbangan tenaga.  Ini boleh menjadi contoh kepada remaja yang lain.

 

Berpengetahuan Tinggi

 

Antara asas pengetahuan ialah pembacaan bahan-bahan ilmiah. Dengan adanya ilmu, remaja berwawasan dapat mendepani dan menangani segala ranjau dan duri dalam dunia yang semakin mencabar. Remaja yang berilmu serta berpengahuan tinggi dapat menjadi golongan inteligesia yang mampu mendokong aspirasi Negara

 

Gigih berusaha

 

Tidak menjadikan kesukaran sebagai alasan untuk berjaya. Remaja yang berwawasan sentiasa berusaha untuk mendapatkan kejayaan

 

Berani menghadapi cabaran

 

Remaja berwawasan mengorak langkah penuh berani. Cabaran yang datang dianggap sebagai satu bentuk ujian untuk mematangkan diri.

 

Patuh Kepada ajaran agama

 

Ajaran agama menekankan kepada aspek rohani dan perkembangan sahsiah. Dengan asas agama kukuh, remaja berwawasan dapat menjadikannya sebagai benteng kepada segala jenis nafsu

 

Berdisiplin

 

Disiplin adalah elemen fundamental dalam mencapai kejayaan dalam apa juga bidang yang diceburi. Remaja yang berwawasan perlu menekankan aspek disiplin dalam kehidupan seharian seperti  pengurusan masa.

 

Berfikiran Positif

 

Seorang remaja berwawasan akan menanamkan sifat berfikiran positif dalam segenap hal. Tidak meletakkan dirinya dalam keadaan terkurung oleh ruang negatif yang akan merencatkan segala usaha dan impian yang mahu dicapai.


 

No comments:

Post a Comment